TERIMA KASIH SEMUA :)

07 February 2013

Menghela nafas panjang.

Pernah buat kan. Biasalah, bila ada sesuatu terjadi, sebelum reaksi marah atau sedih muncul mesti kita menghela nafas banjang. Dalam tempoh tu, ada yang cuba mengumpul kesabaran, ada yang memikirkan nak menang. Tapi bila sedih, selalunya kesabaran yang dikumpulan banyak-banyak. Entahla, macam-macam kena fikir sekarang ni. Tapi wawa tak nak lah ini semua effect teruk pada diri. Nak ambik positif. InsyaAllah, Allah sentiasa tunjukkan jalan. Banyak sangat angan-angan wawa sebenarnya. Tapi kadang-kadang angan-angan kita yang besar tu pun tak sebesar apa yang orang harapkan. Dan syarat serta harapan tinggi menggunung tu kadang-kadang membuatkan hasrat kita tu tak tercapai sebab makin merumitkan keadaan. Contohnya 


Nahhh, haa. Memang sesedap hati je aku buat contoh ni. HAHA xD Saje hiburkan hati dengan contoh yang agak gedik nak kawenggg *sigh* Bukan main lagi kan, padahal kalau ikut cara Islam lebih memudahkan. Tidak ke pening, hantaran dah berpuluh juta, kenduri beratuus juta.... Duit lepas kahwin? Lahaiii, kalau semua pemikiran manusia macam ni makin ramai la perempuan yang sememangnya banyak ni tak kawin sebab si lelaki sibuk duk mengumpul tak cukup-cukup. Padahal kalau ikut syarat wajib kahwin hanya seperti ini ;

  1. WAJIB NIKAH – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
  2. HARAM NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
  3. SUNAT NIKAH - Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
  4. MAKRUH NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.
  5. HARUS NIKAH – Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.

Memang ada perkataan mampu zahir dan batin. So, termasuklah kewangan. Tapi bagi wawa kewangan tu terlampau subjektif laa. Ianya ikut seseorang tu macam mana. Bukan kalau tak ada duit tak boleh hidup. Sedangkan kalau ada duit pun kadang makan jugak nasik lauk telur goreng+kicap kat rumah. Ini bila dapat duit banyak sikit over pulak nak makan mahal-mahal sedap-sedap konon alergik semua datang (ok dah jauh menyimpang). Teringat ibu kata, kalau kawen buat 4 dulang je makan-makan. Dahsyat sungguh kata-kata ituuu. Tapi tu just macam perumpamaan je la supaya tak membazir.

Teringat lagi syarat-syarat yang ibu bagi kalau nak mula serious (SI DIA PERLU INGAT);
1. Kunci Pejabat
2. Kunci Rumah
3. Kunci Kereta

Ketiga-tiga ni pun agak berat sebenarnya. Yela, duit bukan datang dari langit kann.Tapi InsyaAllah, murah rezeki ada lah tuu :) Kunci hati dah dapat, sekarang tempoh memahami. Gaduh, gaduh, gaduh. Rase nak tumbok je kadang-kadang. Tapi kalau memujuk, alahai.. mulut lelaki memang manis. Harap jangan manis je, kene la ada usaha jugak. Harapnya sinar bakal menjelma <3



NIGHT :)

06 February 2013

Sembang-sembang PEPLUM :D

Musim peplum dah lama bertapak, tapi aku baru nak minat! PEPLUM? Apakah? Tak payah ditanya la semua perempuan wajib tahu la kan :) Tapi tak semua la tahu apa tu peplum yang sebanar-benarnya.

"Peplum adalah jumbai atau lipatan kain yang datang turun dari pinggang ke atas pinggul untuk menyerlahkan bentuk wanita dan boleh didapati di pakaian, skirt dan tops. Peplum adalah jalur yang berkumpul kain di pinggang sehelai pakaian, yang membentuk lipatan bebas melebihi paras pinggul. - Jess Cartner-Morley."

So, thats mean, tak kira la kat baju tu ada alunan sikit pun, dikira peplum la tu. Bukannya peplum yang design biasa macam kita selalu tengok kat malaysia ni. Tengok kat bawah ni. Dress, tapi stil dia buat kelepet kat kiri kanan pinggang, ini dikira peplum dah :)


Meh cerita sikit bahagian peplum yang wawa suka. Ada banyak contoh sebab takde 1 baju peplum yang ada semua ciri-ciri yang osem nii. Bawah ni peplum yang popular kat Malaysia sekarang. Ramai pakai untuk pergi kenduri kahwin/dinner. Lace macam ni nampakkan peplum ni sangat stylish dan mahal (mmg lace mahai ponnnn >.< )


Bawah ni, wawa suka kombinasi warnaa dia. Alunan peplum yang sikit ni wawa kurang minat sikit laa :P

Bawah ni pulak wawa sangat suka separa alunan dia tu. Osem sangat! Nampak kelainan!

Ni, suka warna dia je jugak :) Designn, ok, suka sulam kat hujung baju tuu <3


Bawah ni memang osem lah kann. Tengok la baju dah cantik, tambah pulak model menawan. Haaaa, gila aku camnii!


Yang warna pink ni wawa sangat berminat kat potongan dia. sangat menarik. Bahagian atas pun macam koset, nampak keras je (maybe mmg keras kott). Tapi, tengok la badan model nye pun kan, kulit putih melepak pulak :P


Hahh, yang bawah ni design yang paling aku tertarik sekarang. Kat perut dia tu ada macam ikatan kat perut baby tu n kat perut ibu masa lepas bersalin. Apa nama dia? Bengkung?? Ekkk??? Haha, semalam pun ada beli blouse pattern ni. Sangat stylish bagi aku. Err, cuma tak minat sikit kat peplum bawah ni dia punya renda n tak bape kembang :) Tapi yang kat perut tu memang osem.



Alkisah semalam laa, duk melayan hati nak bagi happy. Menyerewang sorang-sorang membawa diri (ceeeewah! haha) So ikut hati la kan kemana nak pergi. Teringat pulak kat projek nak buat peplum, Hahh, memang pergi gegar kedai kain laa. Beli cotton yang dah teringin haritu (untuk buat kurung pahang lagi) n kain satin tebal untuk buat peplum. Bahagia je lepas balik tu sebab keinginan dah dipenuhi

1. Baju (kedai Rm 10 je~)
2. Beg LAGI!
3. Cendol Oldtown
4. Kain, Lace dan seangkatan dengannya.



Memang la tak lupa lagi benda yang menyakitkan. Mulut orang, pernah baik pulak tu dengan dia. Even sekejap, dan dah lama tak berbual macam dulu tapi faham je la kalau dah hati terasa kan. Lupakan~ Tak payah laa fikir kawan macam tu kann :) Okay, done. Sekarang tengah membuli pipah tolong lukiskan baju. Wawa ni cuma mampu cakap nak macam ni and macam tu je, & jahit. Kalau nak lukis? Errrr -,-

Bye. Salam.

BACA LAGI,