TERIMA KASIH SEMUA :)

22 January 2013

Cucuk orang -> cucuk duit?

Yeeaayy, I'm back. Amboi lama tak menaip tiba-tiba terjah, dah siap kerja la tu. Eh, eh sory. Belambak lagi kerja ni ha. nak mampus dah rasa T.T eh, taknak taknak. Belum cukup amalan nak dibawa. So, nak cerita hari ni jalan jalan. Jalan sepetang tapi ada banyak nilai dan pengajaran :P Jalan jalan jalan jalan jalan dengan manusia berdua ni haa
Sebelum terlupa, motif utama nak meneman datin sorang ni cucuk vaksin HPV kedua je, tapi lain yang jadi. Gila tak gila, tengah pipah duk tunggu coin lrt keluar dari mesin, lrt kedengaran baru sampai. Dengan baju kurungnya, berlari sakan naik tangga semangat nak kejar lrt tu, sempat tapi menahan jugak la daus tolak pintu nak bg wawa masuk sama. Wawa tak apa-apa cuma handbag yang kesian, tersepit. Nasib baik tak jadi kes macam ni kee.... Alhamdulillah selamat.


Pengajaran? Jangan ngade-ngade nak kejar lagi lepas ni. Nasib tak baik terjelopok kat tangga. tersepit tangan, kaki, LEHER ke, Haa, baru padan :P



Jalan, jalan, jalan klinik rehat, so patah balik pergi makan dulu~ Nahh, punya sedap nasi ayam ni >.< NAK LAGI!!
Location : Food Court SOGO. Sila Try!! Sangat berbaloi.


Set dia macam ni la tapi ayam yang wawa pilih macam kat bawah ni. Ayam steam. Tak dinafikan ada darah. Normal la kan?? Untuk tak meloyakan tekak, memang bersiram la ayam tu wawa buat. Habis 2 senduk sambal I letak atas tu youu. But then, ianya sangat BEST!



LALALALALA. Cambongok vaksin depa tak buat hari Khamis. Nasib baik nurse tu behave. Sejuk la hati gak kan, takde rasa nak ngamuk. 

Pengajaran? TELEFON DULU!

So apa lagi?? Kalau dah keluar dengan mereka2 ni. Takde duit pun macam ade duit la kan. Oh, lupa nak cerita, masa nak ikut temankan ni fikir seratus kali gak sebab duit takde n dah tau dah kalau kelua ngan diorang ni gaya makannye, shoppingnye cemana. So dah pesan I ni takde la duit nak makan mewah-mewah. Nilai persahabatan ini tinggi lah agaknya, daus pun bagi support apa yang dia mampu. But then, INSTINC ibu sangat kuat! Dapat msg yang ibu dah masukkan duit padahal tak cakap pun lagi kat ibu wawa tengah takde duit. Powers of Allah, Subhanallah :') Oh, so kitorang jalan kat:

Karnival kat bangunan Mara
Pertama
Kedai sepuluh ringgit (baju)
Kedai beg sebelah kedai RM 9.90
Nagoya
Bunga Reben
Mydin
terussss ke Jalan Masjid India
dan BALIK rehatkan kaki.

Tu je kot? hehe. Okayy, nak rehatkan mata dan seluruh tubuh pulak. Night peeps :)

14 January 2013

Makanan Terakhir Sebelum Jalani Hukuman Mati

Menjalani hukuman mati merupakan hukuman yang paling ditakuti oleh semua orang. Sesiapa yang dijatuhkan hukuman mati, mereka tiada harapan selain menginsafi segala perbuatannya yang terdahulu. Dikatakan terdapat makanan terakhir yang disediakan oleh pihak penjara kepada banduan akhir ini. “No Seconds” adalah foto bersiri oleh jurugambar dari New York, Henry Hargreaves yang memaparkan makanan terakhir penjenayah sebelum mereka menjalani hukuman mati. Data penjenayah tersebut seperti nama, umur, jenayah yang dilakukan, jenis hukuman serta menu terakhir mereka turut dicatatkan di sebelah gambar.

Kat bawah ni wawa dah susun ikut turutan yang takde makanan, makanan biasa dan kepada makanan yang osemm :D


___________________
___________________
___________________
___________________
___________________
___________________
------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------
--------------------------------------------
-------------------------------------
----------------------------
---------------------
---------------
-------
---
-
















Kalau kita lahh, kita ada ke selera nak makan time-time camni?? Teringat pulak tok pernah pesan, tengah malam jgn makan, kiranya kita mati dalam tidur, nanti kekotoran2 tu susah nak keluar. Betul ke?? hurmm *thinking*

Permudahkanlah jalan ini :')


11 January 2013

Seni Potret Disket


Karya Light & Shadow, Kumi Yamashita

Pada tahun 2011, artis seni terkenal, Kumi Yamashita telah mendapat kepercayaan syarikat American Express untuk membuat karya seni yang unik untuk ditempatkan di lobi pejabat mereka di Tribeca, New York. Beliau pada awalnya menjemput semua pekerja American Express untuk mengambil bahagian dalam projek seninya dengan mengambil gambar profil mereka. Namun disebabkan ruang yang disediakan hanya mampu memuatkan 22 helaian sahaja, Kumi terpaksa memilih 22 wajah sahaja untuk karya yang bertema Light & Shadow itu. Kemudian beliau menggunakan cahaya dan bayang-bayang serta mencipta origami yang apabila cahaya dipancarkan kearahnya, ia akan menunjukkan bentuk wajah sebenar seseorang!








Lukisan pada tangan yang OSEM!










09 January 2013

Seni Sushi :D

Tengah dok cari maklumat semalam kat kelas, tak semena-mena terjumpa gambar sushi ni. Dah la time lapar, memang terbaik.  


Memang menguji keimanan je gambar ni -.-


 Lepas tu balik bilik ingat nak google pasal sushi yang lain, tapi takde line semalam. Hanginn jer -,- Nahhh, pagi ni baru dapat. Memang osem, tapi macam sayang pulak nak makan :P













Dan banyak lagi di sini



08 January 2013

What's on your mind?

Haa, macam facebook gitu kan.. Tak tau nak taip tajuk apa. Actually, nak cerita pasal apa pun belum tahu ni. Err, fikir jap :P

................................


................................


................................


selang beberapa minit

Stil tak tahu ni nak cerita pasal apa. Okay, jom membebel kejap. Nowdays rasa macam bahagia je, bukan la bahagia means happy sangat macam nak kawen (contoh ni je yang terlintas sekarang), tapi just tenang, takde tensyen ke apa ke. Tak macam sebelum ni, ada je yang tak kena di hati. Entahla, mungkin sebab malas nak ambik port kalau orang cari pasal n just ignore sesuatu hal tu dengan anggap semuanya gurauan semata. Harap sangat keadaan ni akan kekal. Taknak peningkan kepala ni. Matapelajaran sem ni pun dah cukup pening dah tau :P

Permulaan minggu pertama sem ni banyak juga pensyarah bagi nasihat itu dan ini dalam kelas. Baru mula degree la katakan, sesi taaruf la kejap tapi semuanya memang sangat bermakna. Pasti la ada terkena sipi-sipi batang hidung. Tapi tak la kita nak melenting sebab memang salah kita kalau tak orang tak tegur kann. Orang tegur pulak tanda orang sayang <3 p="p">



Tak dapat wawa nafikan orang yang tegur kita dengan cara baik atau perli kasar atau mengejek memang secara tak lansung bagi dorongan kat kita. Kenapa? wawa sendiri dah rasa. Memang, memang perit sangat bila orang tegur salah kita. Malu kan? Kalau diejek lagi laa. Masya Allah sakitnya hati, tapi sedar tak sedar benda tu memotivasikan kita. Contoh, orang kata kita bodoh, gemuk, tak cantik. Mesti, WAJIB kita ada azam dalam diri untuk pandai, kurus, cantik dalam hati. Tapi ada je jugak orang yang tak motivasikan diri dia dengan tebalkan telinga, macam tak kisah je orang nak kata apa. Lansung tak ambil langkah nak buktikan yang dia boleh.

So, pendirian wawa tetap akan berterima kasih kat kawan-kawan yang selalu mengejek menghina tu. Kalau korang tak buat semua tu, dunia ni takkan jadi lebih manis :D

04 January 2013

Ke Alam Degree

Haihai :) Selang dua hari tak update rasa rindu pulak nak bercerita. Lagipun semalam kan dah mula kelas. Nak cerita sikit pasal jadual kelas yang semakin berubah. Suka? Suka lah jugak tapi pening pun ada. Nahh, meh kita tengok sikit jadual baru yang memeningkan ni.
Apa yang seronok? Haii, jangan ditanya, kali pertama jadual kami tak pack. Syukur Alhamdulillah. Tapi for sure la masa terluang tu sepatutnya diisi dengan benda bermanfaat sebab subject makin berat. Sila rujuk pada jadual di atas.



FPM -> Falsafah Pendidikan Malaysia

Susah nak lulus okayyy! Susah. Wawa kena fokus. Yela, mampu sangat la tu -,- Alahaii, Insha Allah, mintak-mintak dipermudahkan. Allah je kan yang dapat bantu kita bila kita dah berusaha. BTW, wawa ketua kumpulan untuk subject ni. Ahli, Sarmi ngan Alice. Dah cuba tolak kat Sarmi sebab macam tak confident je. Tapi dia kata takpe, nanti kita buat sama-sama :) Itulah kawan kan?


PKK -> Pendidikan Kanak-kanak

Ikhlas bagi wawa PKK ni subject yang paling menarik antara semua-semua subject baru. Tengok dia punya subtajuk pun best. Yela, lagipun kita pun pernah rasa jadi kanak-kanak kan. So bila kena belajar benda ni jadi macam menarik pulak :D Tahun ni pun kan ada PBS, so kena la belajar pasal budak-budak, barulah boleh control diorang kann.


TITAS -> Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Subject ni paling nak buat aku tanya kat semua orang berapa diorang dapat untuk sejarah masa SPM. Arghhhhh! Ini paling mimpi ngeri. Tak minat sejarah -,- Kena ambik tusye ni. Haihhhhhh *tensyen kejap*


Satu sem ni memang tak ke padang la kitorang melainkan kitorang yang tak berat mata nak pergi padang. Berat mata? TIDOQ laa! Gerko pun teori je tau! Mampus gemuk berlemak-lemak la ni nanti. Heshhh, tak boleh tak boleh. Dah bertahun gemuk. Nak KURUS, tolonglahh -,- *tapi makan banyak jugak*

Semalam wawa dilantik jadi AJK KECERIAAN. Katanya " Kita kekalkan kepada Najwa Zulkifli" Wondering, bila pulak wawa jadi AJK Keceriaan sem lepas -,-" Takpe, mungkin nampak over menyerlah sikit kot. Hehe, takpe no demanding, wawa suka dengan seikhlas hati tak ada perasaan marah :) Yela kalau kita dapat kerja yang kita suka kan ke kita boleh buat dengan berlapang dada. Takde unsur-unsur tak ikhlas :) Harapnya macam tu la sampai tamat tugas. Btw, thanks kawan-kawan atas kepercayaan itu. Tapi jangan marah kalau aku kata itu semak ini semak. Membebel masih belum dapat dibuang -,- Bakal-bakal ibu dan isteri la katekan, kaum hawa biasalah berleternye. Lain pulak jadi kalau lelaki bercakap macam perempuan. Hahaha.

Okayy, till now. Nak siap pegi kelas. Bye, Assalamualaikum :D

01 January 2013

2013

Insya-Allah, wawa akan lupakan segala kenangan pahit dan tak akan lupakan kenangan manis bila wawa telah mengambil keputusan untuk delete post sebelum-sebelumnya. Dan itu adalah sebagai simbolik bahawa wawa telah berazam untuk lupakan semuanya yang pahit-pahit belaka. Err, bosanlah cakap pasal ni.
Berbalik pada tahun baru, tahun baru azam baru?? Selalu dengar ayat tu. Tapi bagi wawa, azam baru mungkin ada, tapi azam lama yang tak tertunai tetap kena usahakan. Cuma, tahun ni rasa lain sangat sebab umur secara tidak rasminya telah mencecah awal angka dua. Haii, terasa tua pulak. Dok termenung-termenung ingat sejarah silam rasa lawak pulak even masa tu mungkin dalam keadaan marah, riang, sedih. Sekarang baru mula rasa, sepatutnya waktu tu tak patut marah, tak patut sedih. Takpe, pengalaman akan mendewasakan kita. Harapnya bila umur mencecah dua puluh ni perangai wawa pun jadi semakin baik. Reminder teman, bukan anda sahaja rasa wawa ni teruk, wawa sendiri pun rasa tak puas hati dengan sikap yang ada pada diri nii. Untuk itu wawa minta maaf. Hari ke hari wawa cuba dan cuba untuk menjadi lebih baik. Tapi harap kawan-kawan bantu wawa. Tak minta banyak cuma jangan buat masalah dengan wawa. Tahulah kann wawa ni macam mana orangnya. Insya-Allah wawa akan ingatkan diri supaya tak buat tindakan melulu. Tapi kan lebih baik bila masalah pun tidak direka. Aman sejahtera dunia. heheww :P

Rasa janggal pulak bila sampai bumi IPIK ni. Alahaiii, cuti sem kali ni terasa lama sangat. Mungkin sebab banyak buat aktiviti macam menjahit, masak-masak, meniaga kat koperasi sekolah. Kalau tak selalu makan tido je kat rumah sampai cuti pun rasa sikit n takde benda. Alhamdulillah tak tahu kenapa harini Allah bagi nikmat rasa tenang sangat kat wawa. Kosong je fikiran. Tak fikir masalah atau apa-apa pun. Harap sangat esok masih macam ni n lebih ceria. Taknak ada problem-problem bodoh macam selalu tuu.

Ohh, by the way, sekarang wawa baru habis treatment 4 kali untuk resdung. Lebam bawah mata?? Actually sangat menyiksakan. Mata tak sakit, cuma gatal-gatal. Tapi hati tak tahulah nak kata. Selalu sangat terkilan dengan kata-kata orang. Bukan wawa yang nak jadi macam ni, dah Allah bagi. Nasib baik boleh nampak jugak, tak buta. Emm, Alhamdulillah setakat ni lebam tu dah mula hilang sikit-sikit. hampir separuh jugak la. Treatment pun dalam lagi 4 kali, tapi kuliah dah start, entah bila nak pegi lagi. Harap-harap bila dah habis treatment nanti lebam tu kekal hilang n tak ada balik. Taknak dengar suara-suara sumbang tu lagi. Penat, sangat penat :(

Masuk maktab sem ni, nak kena menunggu sampai dalam bulan tiga baru dapat elaun. Lamanya, mana nak cekau duit. kena bisnes, kena bisnes! Dapat sikit-sikit takpe, sehari dapat makan nasi bujang pun ok dah. Esok ni pendaftaran entah berapa kena bayar.
Errr, sebagai persediaan, saya mahu jual....


Dijamin halal. HALAL MALAYSIA.

Okayy, thats it. Assalamualaikum :)







BACA LAGI,