TERIMA KASIH SEMUA :)

07 February 2013

Menghela nafas panjang.

Pernah buat kan. Biasalah, bila ada sesuatu terjadi, sebelum reaksi marah atau sedih muncul mesti kita menghela nafas banjang. Dalam tempoh tu, ada yang cuba mengumpul kesabaran, ada yang memikirkan nak menang. Tapi bila sedih, selalunya kesabaran yang dikumpulan banyak-banyak. Entahla, macam-macam kena fikir sekarang ni. Tapi wawa tak nak lah ini semua effect teruk pada diri. Nak ambik positif. InsyaAllah, Allah sentiasa tunjukkan jalan. Banyak sangat angan-angan wawa sebenarnya. Tapi kadang-kadang angan-angan kita yang besar tu pun tak sebesar apa yang orang harapkan. Dan syarat serta harapan tinggi menggunung tu kadang-kadang membuatkan hasrat kita tu tak tercapai sebab makin merumitkan keadaan. Contohnya 


Nahhh, haa. Memang sesedap hati je aku buat contoh ni. HAHA xD Saje hiburkan hati dengan contoh yang agak gedik nak kawenggg *sigh* Bukan main lagi kan, padahal kalau ikut cara Islam lebih memudahkan. Tidak ke pening, hantaran dah berpuluh juta, kenduri beratuus juta.... Duit lepas kahwin? Lahaiii, kalau semua pemikiran manusia macam ni makin ramai la perempuan yang sememangnya banyak ni tak kawin sebab si lelaki sibuk duk mengumpul tak cukup-cukup. Padahal kalau ikut syarat wajib kahwin hanya seperti ini ;

  1. WAJIB NIKAH – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
  2. HARAM NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
  3. SUNAT NIKAH - Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
  4. MAKRUH NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.
  5. HARUS NIKAH – Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.

Memang ada perkataan mampu zahir dan batin. So, termasuklah kewangan. Tapi bagi wawa kewangan tu terlampau subjektif laa. Ianya ikut seseorang tu macam mana. Bukan kalau tak ada duit tak boleh hidup. Sedangkan kalau ada duit pun kadang makan jugak nasik lauk telur goreng+kicap kat rumah. Ini bila dapat duit banyak sikit over pulak nak makan mahal-mahal sedap-sedap konon alergik semua datang (ok dah jauh menyimpang). Teringat ibu kata, kalau kawen buat 4 dulang je makan-makan. Dahsyat sungguh kata-kata ituuu. Tapi tu just macam perumpamaan je la supaya tak membazir.

Teringat lagi syarat-syarat yang ibu bagi kalau nak mula serious (SI DIA PERLU INGAT);
1. Kunci Pejabat
2. Kunci Rumah
3. Kunci Kereta

Ketiga-tiga ni pun agak berat sebenarnya. Yela, duit bukan datang dari langit kann.Tapi InsyaAllah, murah rezeki ada lah tuu :) Kunci hati dah dapat, sekarang tempoh memahami. Gaduh, gaduh, gaduh. Rase nak tumbok je kadang-kadang. Tapi kalau memujuk, alahai.. mulut lelaki memang manis. Harap jangan manis je, kene la ada usaha jugak. Harapnya sinar bakal menjelma <3



NIGHT :)

No comments:

Post a Comment

BACA LAGI,