TERIMA KASIH SEMUA :)

11 January 2013

Karya Light & Shadow, Kumi Yamashita

Pada tahun 2011, artis seni terkenal, Kumi Yamashita telah mendapat kepercayaan syarikat American Express untuk membuat karya seni yang unik untuk ditempatkan di lobi pejabat mereka di Tribeca, New York. Beliau pada awalnya menjemput semua pekerja American Express untuk mengambil bahagian dalam projek seninya dengan mengambil gambar profil mereka. Namun disebabkan ruang yang disediakan hanya mampu memuatkan 22 helaian sahaja, Kumi terpaksa memilih 22 wajah sahaja untuk karya yang bertema Light & Shadow itu. Kemudian beliau menggunakan cahaya dan bayang-bayang serta mencipta origami yang apabila cahaya dipancarkan kearahnya, ia akan menunjukkan bentuk wajah sebenar seseorang!








1 comment:

BACA LAGI,