TERIMA KASIH SEMUA :)

07 March 2013


Tolong, biarkan aku luahkan di sini.
Aku sakit, sakit sangat.
Bukan kerana kekasih, keluarga.
Tetapi kawan.
Kawan yang tak sedikit pun ada perasaan empati dalam diri. – KASIHAN KAU!
Kawan yang kononnya bagus, cakap mengalahkan PM. – BESARNYA PANGKAT KAU!
Kawan yang tak menghargai bila kita dah tolong. – KAU LUPA DIRI!
Kawan yang tak pernah mengambil peluang yang diberi untuk kenal aku sedalamnya. –  KAU SOMBONG!
Kawan yang suka mengapi-apikan. – KAU AKU CINCANG!
Kawan yang tak pernah menegur lembut. – BAIK SANGAT KAU TU?!
Kawan yang tak pernah hirau. – HIDUP LA KAU SORANG-SORANG SAMPAI MATI!
Kawan yang suka menjeling, memandang penuh tajam. – MATA KAU CANTIK SANGAT?!
Kawan yang tak percaya aku. – MALAS AKU YAKINKAN KAU!
Kawan yang suka memandai. – BIAR BODOH, JANGAN PANDAI MEMANDAI-MANDAI!
Kawan yang sombong dengan kelebihan diri. – MAKHLUK ALLAH PALING SEMPURNA? SUCINYA KAU!
---
Mulut aku memang tajam, aku mudah ikhlas.
Tapi sekarang aku diam.
Hidup aku penuh aniaya.
Kalian bukan aku, kalian tak tahu hidup aku.
Pakat nak letak CD lucah dalam beg, Kata aku itu ini, Hasut orang membenci aku.
Kalian ingat hidup kalian selamat?
Haahh, selamat jalanlah!
---
Kiasan aku mungkin menyakitkan.
Tapi di mana yang salah?
Kalau salah kenapa kau macam cacing kepanasan?
Bukan main membahas yang tak kaitan.
Lamanya nanti aku menanggung.
Aku jahat, akulah syaitan.
---
Kata aku, tapi kalian pun sama hebat.
Lancang berkata dengan yakin bahawa aku sentiasa annoying.
Jadi kalau aku sentiasa begitu, kalian pula sentiasa bagus?
Sila ingat iman manusia tinggi rendah.
Jangan perasan kalian nabi.
---
Kalian ingat aku begini kehendak aku?
Kau, aku, dia, mereka bukan sama.
Kalian makan nasi sehari dua kali.
Aku makan dua minggu sekali.
Cakap sila pakai ilmu jangan pakai otak sahaja.
Duit habis berjuta billion belum tentu puaskan hati kalian.
Aku ada matlamat aku sendiri.
Jangan tentukan hala tuju aku.
Aku minta sesuatu pasti bersebab.
Fahamlah aku!
---
Aku sedar aku malas.
Tapi kenapa kau lagi pemalas.
Tidak cukup 24jam sehari?
Jangan jadi bodoh.
Benda senang kalian anggap rumit.
Benda susah kalian berusaha buat.
Hidup jangan menyusahkan diri dan orang lain.
---
Masalah aku mungkin besarnya tiada tandingan.
Ramai yang membenci.
Ya, memang kalian tak ada orang benci.
Tak ada kan?
Kalian hebat kan?
Kalian cakap jahat pun orang tetap suka kan?
Bagus, kalian memang hebat.
---
Bagi kawan yang bergelar sahabat.
Sahabat, memang susah kita mencari sefahaman dengan kawan.
Kadang terasa bagai keseorangan walau kawan keliling pinggang?
Tanya aku kenapa?
MEREKA TIADA EMPATI, MEREKA EGO!
Tak mampu mengalirkan air mata untuk kawan, sahabat,rakan lain.
Mereka tak mampu!
Mereka kononnya sempurna.
Kiri, kanan, depan, belakang bagus.
Kita tidak, sebab KITA BUKAN KAWAN YANG BAIK.
Tapi kita SAHABAT YANG BAIK.
Bisa mendengar isi hati.
Boleh bertolak ansur tanpa pergaduhan.
Kau, aku, dan segelintir mereka faham.
Kita ada rasa yang sama.
Sahabat, aku menyayangimu kerana Allah.
---
Aku penat berseloroh.
Harapnya kehidupan selepas ini baik-baik sahaja.
Kau mampu, kau berkuasa, cakaplah, katalah.
Jangan sampai kau terlebih puas mengata, menghina!

No comments:

Post a Comment

BACA LAGI,