TERIMA KASIH SEMUA :)

01 January 2013

2013

Insya-Allah, wawa akan lupakan segala kenangan pahit dan tak akan lupakan kenangan manis bila wawa telah mengambil keputusan untuk delete post sebelum-sebelumnya. Dan itu adalah sebagai simbolik bahawa wawa telah berazam untuk lupakan semuanya yang pahit-pahit belaka. Err, bosanlah cakap pasal ni.
Berbalik pada tahun baru, tahun baru azam baru?? Selalu dengar ayat tu. Tapi bagi wawa, azam baru mungkin ada, tapi azam lama yang tak tertunai tetap kena usahakan. Cuma, tahun ni rasa lain sangat sebab umur secara tidak rasminya telah mencecah awal angka dua. Haii, terasa tua pulak. Dok termenung-termenung ingat sejarah silam rasa lawak pulak even masa tu mungkin dalam keadaan marah, riang, sedih. Sekarang baru mula rasa, sepatutnya waktu tu tak patut marah, tak patut sedih. Takpe, pengalaman akan mendewasakan kita. Harapnya bila umur mencecah dua puluh ni perangai wawa pun jadi semakin baik. Reminder teman, bukan anda sahaja rasa wawa ni teruk, wawa sendiri pun rasa tak puas hati dengan sikap yang ada pada diri nii. Untuk itu wawa minta maaf. Hari ke hari wawa cuba dan cuba untuk menjadi lebih baik. Tapi harap kawan-kawan bantu wawa. Tak minta banyak cuma jangan buat masalah dengan wawa. Tahulah kann wawa ni macam mana orangnya. Insya-Allah wawa akan ingatkan diri supaya tak buat tindakan melulu. Tapi kan lebih baik bila masalah pun tidak direka. Aman sejahtera dunia. heheww :P

Rasa janggal pulak bila sampai bumi IPIK ni. Alahaiii, cuti sem kali ni terasa lama sangat. Mungkin sebab banyak buat aktiviti macam menjahit, masak-masak, meniaga kat koperasi sekolah. Kalau tak selalu makan tido je kat rumah sampai cuti pun rasa sikit n takde benda. Alhamdulillah tak tahu kenapa harini Allah bagi nikmat rasa tenang sangat kat wawa. Kosong je fikiran. Tak fikir masalah atau apa-apa pun. Harap sangat esok masih macam ni n lebih ceria. Taknak ada problem-problem bodoh macam selalu tuu.

Ohh, by the way, sekarang wawa baru habis treatment 4 kali untuk resdung. Lebam bawah mata?? Actually sangat menyiksakan. Mata tak sakit, cuma gatal-gatal. Tapi hati tak tahulah nak kata. Selalu sangat terkilan dengan kata-kata orang. Bukan wawa yang nak jadi macam ni, dah Allah bagi. Nasib baik boleh nampak jugak, tak buta. Emm, Alhamdulillah setakat ni lebam tu dah mula hilang sikit-sikit. hampir separuh jugak la. Treatment pun dalam lagi 4 kali, tapi kuliah dah start, entah bila nak pegi lagi. Harap-harap bila dah habis treatment nanti lebam tu kekal hilang n tak ada balik. Taknak dengar suara-suara sumbang tu lagi. Penat, sangat penat :(

Masuk maktab sem ni, nak kena menunggu sampai dalam bulan tiga baru dapat elaun. Lamanya, mana nak cekau duit. kena bisnes, kena bisnes! Dapat sikit-sikit takpe, sehari dapat makan nasi bujang pun ok dah. Esok ni pendaftaran entah berapa kena bayar.
Errr, sebagai persediaan, saya mahu jual....


Dijamin halal. HALAL MALAYSIA.

Okayy, thats it. Assalamualaikum :)







No comments:

Post a Comment

BACA LAGI,