TERIMA KASIH SEMUA :)

04 January 2013

Ke Alam Degree

Haihai :) Selang dua hari tak update rasa rindu pulak nak bercerita. Lagipun semalam kan dah mula kelas. Nak cerita sikit pasal jadual kelas yang semakin berubah. Suka? Suka lah jugak tapi pening pun ada. Nahh, meh kita tengok sikit jadual baru yang memeningkan ni.
Apa yang seronok? Haii, jangan ditanya, kali pertama jadual kami tak pack. Syukur Alhamdulillah. Tapi for sure la masa terluang tu sepatutnya diisi dengan benda bermanfaat sebab subject makin berat. Sila rujuk pada jadual di atas.



FPM -> Falsafah Pendidikan Malaysia

Susah nak lulus okayyy! Susah. Wawa kena fokus. Yela, mampu sangat la tu -,- Alahaii, Insha Allah, mintak-mintak dipermudahkan. Allah je kan yang dapat bantu kita bila kita dah berusaha. BTW, wawa ketua kumpulan untuk subject ni. Ahli, Sarmi ngan Alice. Dah cuba tolak kat Sarmi sebab macam tak confident je. Tapi dia kata takpe, nanti kita buat sama-sama :) Itulah kawan kan?


PKK -> Pendidikan Kanak-kanak

Ikhlas bagi wawa PKK ni subject yang paling menarik antara semua-semua subject baru. Tengok dia punya subtajuk pun best. Yela, lagipun kita pun pernah rasa jadi kanak-kanak kan. So bila kena belajar benda ni jadi macam menarik pulak :D Tahun ni pun kan ada PBS, so kena la belajar pasal budak-budak, barulah boleh control diorang kann.


TITAS -> Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Subject ni paling nak buat aku tanya kat semua orang berapa diorang dapat untuk sejarah masa SPM. Arghhhhh! Ini paling mimpi ngeri. Tak minat sejarah -,- Kena ambik tusye ni. Haihhhhhh *tensyen kejap*


Satu sem ni memang tak ke padang la kitorang melainkan kitorang yang tak berat mata nak pergi padang. Berat mata? TIDOQ laa! Gerko pun teori je tau! Mampus gemuk berlemak-lemak la ni nanti. Heshhh, tak boleh tak boleh. Dah bertahun gemuk. Nak KURUS, tolonglahh -,- *tapi makan banyak jugak*

Semalam wawa dilantik jadi AJK KECERIAAN. Katanya " Kita kekalkan kepada Najwa Zulkifli" Wondering, bila pulak wawa jadi AJK Keceriaan sem lepas -,-" Takpe, mungkin nampak over menyerlah sikit kot. Hehe, takpe no demanding, wawa suka dengan seikhlas hati tak ada perasaan marah :) Yela kalau kita dapat kerja yang kita suka kan ke kita boleh buat dengan berlapang dada. Takde unsur-unsur tak ikhlas :) Harapnya macam tu la sampai tamat tugas. Btw, thanks kawan-kawan atas kepercayaan itu. Tapi jangan marah kalau aku kata itu semak ini semak. Membebel masih belum dapat dibuang -,- Bakal-bakal ibu dan isteri la katekan, kaum hawa biasalah berleternye. Lain pulak jadi kalau lelaki bercakap macam perempuan. Hahaha.

Okayy, till now. Nak siap pegi kelas. Bye, Assalamualaikum :D

No comments:

Post a Comment

BACA LAGI,