TERIMA KASIH SEMUA :)

09 March 2013

Terima Kasih Sahabat


Kata hati yang lepas.
Aku tahu ada kawan yang tiada kaitan terasa.
Sahabat juga tak ketinggalan.
Tidak, aku tidak menyalahkan mereka.
Mereka bukan bodoh.
Cuma bahasa aku agak sukar difahami.
Seperti aku.
Kadang aku naik angin yang tidak kena.
Walhal mereka tiada apa.
Ada juga yang terkena.
Tapi sepertinya tiada respon seperti bersalah.
Bukan meminta dia mengaku salah.
Cuma menuntut secebis rasa.
Rasa yang mungkin dapat diluahkan tanpa rasa ego.
Rasa yang mungkin dapat membuatkan kita mengakhiri persengketaan.
Bukan tidak mahu berterus terang.
Kadang terlampau terbuka itu akan menimbulkan lebih banyak masalah.
Lagi pula aku berkata tentang ramai bukan seorang.
---
Kali ini.
Jujur niatku memberi penghargaan.
Kepada mereka yang menambat hati.
Yang menyenangkan hatiku walaupun sekali seumur hidup.
Walaupun mungkin kini tidak berhubung lagi, tidak peduli lagi, tidak rapat lagi.
---
Zaman kanak-kanak sehingga kini.
Bukan yang aku paling sayang dan secebis sahaja sayangnya.
Itu subjektif.
Aku ulangi, ZAMAN KANAK-KANAK SEHINGGA KINI.

Fatin Haziqah – banyak masa terluang dahulu, TERIMA KASIH!
Puteri Humaira Aqeela – masalah kau, aku, kongsi bersama suatu ketika dahulu, TERIMA KASIH!
Ilyana Yuzzini – banyak beri pendapat matang zaman ribena dahulu, TERIMA KASIH!
Pooja Suresh – banyak ajar BI dahulu, TERIMA KASIH!
Angelynn – banyak belanja makanan yang beli kat bus time sekolah rendah dulu, TERIMA KASIH!
Abeedah – banyak nasihat, dengar aku menangis, TERIMA KASIH!
Eaisha – Pernah rapat dulu, TERIMA KASIH!
Mustaqim – beri persahabatan, pengalaman pada aku, TERIMA KASIH!
Hakim, Hakimi, Jawad, Hadi (aku tak tahu kau di mana), Shahirra, Puteri, Huda  – Tak rapat, tapi pernah beri aku ketawa, TERIMA KASIH!
Mira – wawa sayang mira, apa pun mira pernah buat. Tak tahu kenapa, sampai sekarang. Untuk persahabatan ini, TERIMA KASIH!
Atiqah – Pernah rapat sekejap, dengar masalah sama-sama, TERIMA KASIH!
Iqa – tak sempat kenal rapat sangat, kau dah pindah atas dasar kesihatan. Tapi entah, kau antara yang bermakna, TERIMA KASIH!
Ain, Shahfinaaz, Dila – Rela kawan dengan aku walau ramai membenci ketika itu dan kini. TERIMA KASIH!
Anwar, Umair – Penuh gelak ketawa semasa kenal kalian, TERIMA KASIH!
Rashidi – kongsi masalah depan rumah, TERIMA KASIH!
Qyl – Pernah banyak memberikan kekuatan di alam maya walau aku sering menyakitkan. TERIMA KASIH!
Mimie – Senyuman kau yang tak pernah hilang itu secara tak lansung buat aku happy. Mungkin karana kau juga aku kenal dia walaupun kau tak memperkenalkan. TERIMA KASIH!
Nisyrin – Sudi mendengar kata hati aku walau tak rapat, TERIMA KASIH!
Dija, Arin, Naqiyah  - kawan selalu bersama masa baru-baru masuk maktab, ingat?? Haha, TERIMA KASIH!
Wani – selalu kongsi masalah apa pun bila stress, pengorbanan luangkan masa itu sangat besar. TERIMA KASIH!
Nadwah – selalu senyum, buatkan aku yang sedih tak jadi sedih. Tolong time susah, TERIMA KASIH!
Asnizah – sering ikhlas nasihatkan aku, kalau aku salah kau tegur, kalau aku betul, kau pujuk. TERIMA KASIH!
Morini – walaupun tak berapa rapat malam itu aku beriya menangis, aku pinjam bahu kau, ingat? Itu sangat bermakna, TERIMA KASIH!
Firdaus – senang pun ada, susah pun ada. Aku sedih, kau kata kawan semua sementara. Tapi aku tahu itulah realitinya. Kalau keluarga, air dicincang takkan putus. Kalau kawan, mungkin paip air dicincang, liat nak putus, tapi nanti terputus juga kan?? Untuk kegembiraan yang mungkin sementara ini, TERIMA KASIH!
Afifah – aku juga mahu kawan lama. Tapi kadang terasa diri tak berapa nak disayangi. Kau terasa apa yang tak patut. Siapakah aku dihatimu?? Puihhhh.. Tapi untuk menangis, menghargai persahabatan ini, TERIMA KASIH!
Erma – macam mana boleh rapat mungkin kerana keadaan. Bukan aku nak curi kawan orang tapi mungkin ada benda kami sefahaman. Untuk nasihat aku supaya buat bodoh apa orang kata, TERIMA KASIH!
Zaiful – sebenarnya dialah sahabat paling rapat secara tak lansung. Bukan untuk mengatakan aku dan dia dah clash. Tapi dia sahabat, sahabat istimewa. Tak payah nak istilahkan couple sangat lah walaupun orang sekarang memang gelarkan couple. InsyaAllah, suatu hari. Harapan aku besar, moga Allah redhai. Banyak perkara untuk aku terima kasihkan. Tak terkira, mungkin tidak kenal lama seperti kenal sahabat lain, tapi kenal lama itu subjektif. Kenal lama tak semestinya banyak masa bersama. Untuk itu, aku highlite kan semalam. Terima kasih hilangkan stress aku. Terima kasih sumbat mulut aku dengan macam-macam makanan. Terima kasih belikan aku macam-macam hanya untuk hilangkan kemarahan aku pada kawan lain. Terima kasih usaha happykan aku walaupun masa tak banyak. Terima kasih membazir duit, masa, fikiran untuk aku.
Keluarga – keluarga aku juga sahabat. Terima kasih melayan kerenah aku. Kerenah pemberontak, kerenah pemarah, kerenah sensetif, kerenah keras kepala dan bertapa teruknya aku. Terima kasih layan aku walaupun teruknya aku. Terima kasih beri laluan hala tuju aku. Terima kasih tidak terkata untuk semuanya!
 TERIMA KASIH BUAT KALIAN SEMUA!!
---
Yang tiada, bukan aku tak menghargai.
Mungkin aku tak ambil tahu.
Mungkin kalian tak ambil tahu.
Entahlah…
Mereka sahaja setakat ini.
Beruntung aku ada mereka yang sedikit ini.

3 comments:

  1. owh syg..thankz untuk entri yang membuatkan aku terharu..walau apapun wawa tetap sahabat dila sampai bila2 insyaAllah..
    >khainufadell<

    ReplyDelete
  2. Ramai yang tak suka, tapi yang sikit ini buat wawa susah nak lupa :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedikit ini sahaja pun sudah mampu buat kita sentiase mengingati :)

      Delete

BACA LAGI,